Latihan Teknik Asas Mikrobiology @ UPM-MCC | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » Latihan Teknik Asas Mikrobiology @ UPM-MCC

Latihan Teknik Asas Mikrobiology @ UPM-MCC

8 Julai 2025 – Koleksi Kultur Mikrob UPM-MCC (UPM-MCC) telah berjaya melaksanakan sesi latihan bertajuk Training on Basic Microbiology Technique yang dihadiri oleh 12 peserta daripada pelbagai universiti awan dan swasta, institusi penyelidikan serta pihak swasta.

Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah Institut Biosains telah hadir bersama dengan menyampaikan kata-kata aluan dan merasmikan program serta seterusnya menyampaikan syarahan bertajuk Pengenalan kepada Mikroorganisma. Sesi syarahan kedua telah disampaikan oleh Puan Musliyana Mansor dengan tajuk Pengenalan kepada Makmal Mikrobiologi dan juga Asas Aseptik Teknik.

Sesi makmal pula memberi penekanan kepada pengetahuan asas penting, termasuk kepentingan teknik aseptik,  pelbagai kaedah pengendalian subkultur bakteria, pencairan bersiri sel bakteria, serta penyediaan dan pemerhatian pewarnaan Gram menggunakan mikroskop cahaya.

Penganjuran latihan ini diharap dapat meningkatkan pemahaman peserta terhadap konsep asas mikrobiologi serta memperkukuh kemahiran amali yang diperlukan dalam pengendalian mikroorganisma di makmal dengan lebih Selamat dan berkesan.

 

     
         
     
         
     

Tarikh Input: 15/07/2025 | Kemaskini: 15/07/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (01:14:52am-01:19:52am, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]