8 Mei 2025 -Satu latihan dalaman staf COMeT telah berlangsung pada 6 Mei 2025 dan 8 Mei 2025. COMeT merupakan salah sebuah unit strategik milik Institut Biosains yang memberi fokus perkhidmatan penyelidikan haiwan makmal rodensia. Kesemua peserta merupakan staf bagi unit COMeT.
Objektif latihan dalaman ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk memperkukuh budaya pembelajaran berterusan dalam kalangan staf, selaras dengan prinsip lifelong learning yang semakin penting dalam era perubahan teknologi dan keperluan kerja yang pantas. Latihan ini juga selari dengan permohonan penyelidikan yang semakin canggih menggunakan haiwan makmal rodensia.
Selain itu, latihan dalaman ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pembangunan diri secara berterusan, memberi ruang kepada staf untuk mengenal potensi diri dan bidang baharu. Latihan dalaman ini juga menyokong misi Universiti Putra Malaysia ke arah kecemerlangan berterusan melalui perkhidmatan melangkaui jangkaan.
Semasa latihan ini berlangsung, peserta didedahkan dengan cara terkini melaksanakan prosedur mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 di bawah kod etika penggunaan haiwan penyelidikan (MyCode). Latihan ini juga telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC) UPM, Nombor Rujukan IACUC: UPM/IACUC/AUP-T012/2025.
Pada hari pertama, semua peserta menghadiri kuliah serta sesi amali menggunakan bahan bukan hidup. Latihan ini merupakan sesi mengimbas kembali bagi staf lama yang telah mempelajari teknik teknik yang telah dikongsikan dan bagi staf baru pula, teknik ini telah meningkatkan minat bagi mereka untuk menambah pengetahuan. Antara kuliah dan latihan amali yang telah disampaikan adalah mengenai cara untuk menjahit menggunakan simple interrupted suture pattern dan simple continues suture pattern.
Pada hari kedua pula, amali menggunakan haiwan hidup bagi aplikasi pengetahuan yang diperoleh semasa menggunakan bahan bukan hidup. Para peserta menunjukkan minat yang positif dan bersungguh untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Diharapkan melalui latihan dalaman ini, staf akan lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran baharu. Selain itu, diharapkan terbentuknya komuniti pembelajaran dalam organisasi yang akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui pemerkasaan diri.
| |
|
Tarikh Input: 08/05/2025 | Kemaskini: 09/05/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my