8 Ogos 2023 – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institut Biosains (IBS) yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin dengan kerjasama ahli Pengurusan IBS telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR pada 8-9 Ogos 2023 yang melibatkan seramai 30 orang staf IBS. Inisiatif ini bertujuan untuk membiasakan peserta dengan prinsip asas pertolongan cemas dan teknik rawatan kecemasan yang sesuai. Kursus ini melibatkan sesi ceramah, demonstrasi dan praktikal telah disampaikan oleh 3 orang pengajar dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) iaitu Dr. Suhyna Mohd Sulaiman (Pegawai Perubatan), Sn. Noor Mazzeatul Aini Zainudin (Jururawat) dan Puan Norfazilah Abdullah (Jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia). Sumbangan mereka sangat penting untuk kejayaan kursus ini. Kesan daripada impak kursus tersebut, seramai 24 orang peserta kursus telah mendaftar sebagai sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UPM.
Tarikh Input: 01/09/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my