IUPAC Global Women’s Breakfast 2024 @ UPM | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » IUPAC Global Women’s Breakfast 2024 @ UPM

IUPAC Global Women’s Breakfast 2024 @ UPM

27 Februari 2024 – IUPAC Global Women’s Breakfast 2024 @ UPM (GWB2024) anjuran Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Institut Kimia Malaysia (IKM) telah diadakan di NaturMeds, IBS, UPM. Program ini dianjurkan sempena sambutan antarabangsa Hari Wanita dan Gadis dalam Sains. Matlamat utama siri GWB adalah untuk mewujudkan rangkaian aktif semua jantina dalam menangani halangan kesaksamaan jantina dalam sains. 

Sepanjang lima tahun yang lalu, lebih daripada 1500 acara GWB telah diadakan di 100 negara. Dengan penganjuran program ini, saintis daripada pelbagai bidang penyelidikan dapat bersama dalam sesi sarapan pagi yang interaktif. Acara ini bertindak sebagai pemangkin bagi menggalakkan rangkaian aktif dan kerjasama antara penyelidik dalam bidang sains, selaras dengan tema tahun ini, 'Memangkin Kepelbagaian dalam Sains'. Tambahan lagi, GWB2024 telah memberi peluang untuk  menonjolkan pendekatan proaktif NaturMeds dalam mempamerkan perkhidmatan makmal dan memupuk kerjasama penyelidikan yang berpotensi, khususnya dalam bidang Penemuan dan Pembangunan Ubat-ubatan. Program ini disertai oleh penyelidik-penyelidik dari UPM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Meliliea (M) Sdn Bhd sebagai rakan industri. Program ini juga telah mendapat penajaan minuman berisotonik daripada syarikat Etika Sdn Bhd. 

GWB2024@UPM bermula dengan sesi sarapan pagi, diikuti ucapan aluan oleh Ketua NaturMeds, Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis dan Pengerusi Program, Prof. Madya Dr. Siti Munirah Mohd Faudzi. Seterusnya, para peserta dibawa melawat makmal penyelidikan di NaturMeds A untuk melihat fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai tambahan, sesi webinar anjuran IKM bersama panel jemputan dan aktiviti berfokus pembuatan lilin daripada minyak masak terpakai turut diadakan untuk peserta. Program ini telah berakhir pada 12.00 tengah hari.

 
     
 

 

Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEbTAM~