2 Mac 2026 – Bersempena Program Pengimarahan Ihya’ Ramadan 1447H, Institut Biosains (IBS) telah menghantar seramai 15 sukarelawan pada 26 Februari 2026 bagi menjayakan Program Bubur Lambuk Qaseh Ramadan yang diadakan di Masjid, Universiti Putra Malaysia.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang itu melibatkan aktiviti penyediaan bahan masakan, memasak serta pembungkusan bubur lambuk secara gotong-royong. Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk berjaya disediakan hasil kerjasama para sukarelawan dan urus setia program sebelum diagihkan kepada pelajar, staf universiti serta orang awam yang melalui kawasan masjid bermula jam 4.15 petang.
Sesi pengagihan telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Biosains, Prof. Dr. Zunita Zakaria bersama Timbalan Pengarah, Prof. Dr. Ina Salwany Md Yasin. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi institut menyerlahkan sokongan berterusan terhadap aktiviti kesukarelawanan dan program berbentuk kebajikan sepanjang bulan Ramadan.
Penyertaan sukarelawan ini mencerminkan komitmen warga IBS dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan serta menyemarakkan pengimarahan Ramadan. Pihak institut turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Islam Universiti Putra Malaysia atas peluang yang diberikan untuk menyumbang tenaga, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim antara warga kampus dan komuniti setempat.
Tarikh Input: 10/03/2026 | Kemaskini: 10/03/2026 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my