IBS Three Minus Thesis 3MT 2016 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » IBS Three Minus Thesis 3MT 2016

IBS Three Minus Thesis 3MT 2016


Institut Biosains 29 Ogos 2016 - Semalam telah berlangsungnya pertandingan 'Three Minutes Thesis 3MT" peringkat IBS bagi tahun 2016. Penyertaan yang hanya dibuka kepada pelajar siswazah Institut Biosains ini, telah berjaya menarik minat 8 pelajar untuk menyertainya.

3 MINUTE THESIS (3MT) adalah satu pertandingan TUNTAS BICARA PENYELIDIKAN yang dibangunkan oleh University of Queensland (UQ). Penyelidik peringkat Doktor Falsafah (PhD) diberi masa selama tiga minit untuk membentangkan pidato yang menarik tentang tesis mereka dan kepentingannya. 3MT adalah satu latihan yang mencabar pelajar untuk menggabungkan idea-idea dan penemuan penyelidikan mereka supaya boleh dibentangkan dengan ringkas lagi padat untuk penonton bukan dari bidang mereka.

Penyertaan kali kedua Cik Kwan Penz Penz (GS41587), pelajar siswazah dari Laboratori Bioteknologi Marin telah membawa tuah buat beliau kerana dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ini. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Cik Ong Yong Sze (GS38878) dari laboratori Bioubatan Molekul dan tempat ketiga adalah En. Muhamad Bashir Bello (GS43081) Laboratori Vaksin dan Imunoterapeutik. Pemenang membawa pulang hadiah berbentuk hamper dan akan bertanding di peringkat universiti pada 20 September 2016

Seramai 3 orang juri telah dijemput untuk mengadili pertandingan iaitu Dr. Manraj Singh Cheema dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, En. Muhammad Farhan Nazarudin dari Laboratori Bioteknologi Marin dan Pn. Arbaah Md. Salleh dari Laboratori Vaksin dan Imunoterapeutik. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.




Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETDAV~