Hari Terbuka CANRES | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Hari Terbuka CANRES

Hari Terbuka CANRES

Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES) telah menganjurkan Hari Terbuka CANRES pada 16 dan 17 November 2021. Objektif acara ini adalah untuk membuka makmal bagi membolehkan orang ramai mempelajari proses penemuan dadah dalam penyelidikan kanser. Para peserta diberi peluang untuk mengekstrakan kompaun aktif daripada tumbuhan. Acara ini telah dirasmikan oleh pengarah IBS, Prof Dr Zunita Zakaria, dan dihadiri oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA), yang diketuai oleh Pengurus Besar, Puan Farahida Mohd Farid dan rakan sekerja pada 16 November 2021, dan Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, yang diketuai oleh Naib Presiden Produk, Dr. Muhammad Zamir Othman dan rakan sekerja pada 17 November 2021. Hari Terbuka CANRES telah ditaja oleh Sugarbomb bermula dari tahun 2020 dan tahun ini mereka telah menaja geran penyelidikan bernilai RM15,000 kepada Penyelidik Kanser IBS, Prof. Madya Dr. Siti Sarah Othman sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Khidmat Masyarakat (CSR) syarikat.

Tarikh Input: 23/11/2021 | Kemaskini: 23/11/2021 | mfareeq

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXERCAi~