CANRES Outreach Program 2025 Memperkukuh Kesedaran Kanser Dan Penglibatan Kesihatan Di Kedah | INSTITUT BIOSAINS ibs
» BERITA » CANRES Outreach Program 2025 Memperkukuh Kesedaran Kanser dan Penglibatan Kesihatan di Kedah

CANRES Outreach Program 2025 Memperkukuh Kesedaran Kanser dan Penglibatan Kesihatan di Kedah

1 November 2025 – Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Outreach CANRES 2025 bertempat di Farmstay Relau, Bandar Baharu, Kedah. Program ini diketuai oleh Dr. Aida Azrina Azmi selaku Pengarah Program. Program itu turut dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PAPISMA) Cawangan Kedah, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), serta beberapa rakan industri strategik.

Bertemakan “Sayangi Nyawa, Cegah Kanser – Kempen Kesedaran, Saringan Awal & Aktiviti STEM untuk Masyarakat”, program ini menghimpunkan komuniti setempat Mukim Relau melalui pelbagai aktiviti kesihatan dan pendidikan. Antara pengisian utama termasuk ceramah kesihatan, sesi saringan kesihatan umum dan kanser, aktiviti interaktif STEM, serta senaman komuniti, yang dilaksanakan dengan suasana interaktif dan menyeronokkan bagi menggalakkan penglibatan aktif masyarakat.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan gaya hidup sihat serta saringan awal kanser. Selain memupuk kesedaran kesihatan, inisiatif ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara institusi akademik, agensi kesihatan dan rakan industri, mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk komuniti yang lebih peka kesihatan, berpengetahuan, dan proaktif.

   

Tarikh Input: 13/11/2025 | Kemaskini: 13/11/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2111
03 - 9769 2111
X, (03:38:29am-03:43:29am, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]