21 Mac 2023 - Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik, Institut Biosains telah menganjurkan Bengkel Penulisan Saintifik Siri 1 dengan Prof. Dr. Yap Chee Kong (Fakulti Sains, UPM), Dr. Saba Abdulwakil Olawale (Fakulti Sains, UPM) dan Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Amal Azmai (Ketua, Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik, Institut Biosains) sebagai penceramah jemputan. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan para peserta dengan pengetahuan teori tentang pelbagai jenis artikel jurnal dan meningkatkan kemahiran menulis mereka untuk penerbitan. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai penyelidik dan pelajar pascasiswazah dari Institut Biosains, UPM. Bengkel ini memberikan para peserta pemahaman yang baik tentang penulisan saintifik serta melatih mereka untuk menulis dengan berkesan, tepat dan jelas.
Tarikh Input: 28/03/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my