Bengkel Pengurusan Biorisiko IBS 2025 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Bengkel Pengurusan Biorisiko IBS 2025

Bengkel Pengurusan Biorisiko IBS 2025

7 Januari 2025 – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Institut Biosains (IBS) dengan kerjasama Jawatankuasa Institusi Biokeselamatan dan Biosekuriti UPM (IBBC UPM) telah menganjurkan bengkel pengurusan biorisiko dalam penyelidikan dan kerja makmal. Bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah IBS, Prof. Dr. Zunita Zakaria, yang juga merupakan Pengerusi IBBC UPM. Bengkel ini telah direka untuk pelajar siswazah tahun satu dan dua serta staf makmal di Institut Biosains. Seramai 37 orang peserta hadir dan mendapat bermanfaat dari tujuh orang penceramah yang dijemput khas menyampaikan kandungan berdasarkan kurikulum pengurusan biorisiko. Sepanjang dua hari bengkel, sebanyak 11 modul dirangkum. Peserta juga diperkenalkan kepada aplikasi Putra Massive Open Online Course (PutraMOOC) di mana mereka boleh mendaftar dan mendapatkan slaid bengkel dan latihan pengurusan biorisiko secara dalam talian. Bagi penilaian keberkesanan latihan, peserta juga telah melengkapkan penilaian awal sebelum bengkel bermula dan penilaian akhir selepas bengkel tamat. Penilaian ini membantu mengukur tahap impak bengkel kepada pemahaman dan aplikasi prinsip pengurusan biorisiko peserta.

    

Tarikh Input: 22/01/2025 | Kemaskini: 22/01/2025 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
W, (06:03:33pm-06:08:33pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]