11 Jun 2024 - Bengkel 3 hari kultur sel untuk penyelidikan kanser 2024 telah berjaya dianjurkan oleh Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel tahunan ini terbuka kepada umum, terutamanya kepada penyelidik dan pelajar yang baharu dalam teknik kultur sel untuk penyelidikan kanser. Bengkel ini mengandungi enam ceramah yang berlangsung di Bilik Tongkat Ali Emas dan tujuh sesi amali yang dijalankan di CANRES. Seramai lima orang peserta menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada pelajar pasca siswazah dan staf UPM. Mereka menerima pemahaman menyeluruh tentang teori kultur sel dan bimbingan praktikal daripada Prof. Madya Dr. Chia Suet Lin, Ketua Laboratori CANRES, dan Dr. Armania Nurdin, Penyelidik Interim CANRES bersama staf teknikal CANRES sepanjang sesi praktikal.

Tarikh Input: 30/07/2024 | Kemaskini: 30/07/2024 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my