Bengkel Bacterial Biofilms 2017 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Bengkel Bacterial Biofilms 2017

Bengkel Bacterial Biofilms 2017

 

Baru-baru ini bertempat di Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia, telah diadakan Bengkel Bacterial Biofilms 2017. Program ini telah dianjurkan oleh Laboratori Hasilan Semulajadi, Institut Biosains.

Program ini telah diselia oleh Prof. Madya Dr. Yaya Rukayadi dan disertai oleh 12 orang peserta. Para peserta terdiri daripada 7 orang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu serta 5 orang pelajar dari Universiti Putra Malaysia.

Program ini adalah siri kedua selepas Bengkel yang telah diadakan pada tahun 2013 yang lepas. Bengkel ini juga memberi peserta peluang yang berharga untuk menimba ilmu serta pengalaman praktikal dalam pengenalan kepada Bacterial Biofilms, mekanisme, implikasi Bacterial Biofilms, bioassai untuk penilaian Bacterial Biofilms dan penggunaan dan kawalan Bacterial Biofilms.

 

Tarikh Input: 01/06/2017 | Kemaskini: 02/06/2017 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXETAAu~