4 Februari 2026 – Bengkel Asas Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi telah dianjurkan oleh Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan telah diadakan di Bilik Seminar, NaturMeds A, IBS. Bengkel ini telah dihadiri oleh para penyelidik dan pelajar dari dalam dan luar UPM.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan asas serta pemahaman yang jelas kepada para peserta mengenai prinsip asas dan aspek teori kaedah kromatografi. Selain itu, bengkel ini juga diharapkan dapat meningkatkan kepakaran bukan ahli kimia dalam penggunaan kaedah kromatografi. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Prof. Dr. Intan Safinar Ismail, Felo Penyelidik di NaturMeds. Satu slot ceramah turut disampaikan oleh penceramah jemputan dari IT Tech Research Sdn Bhd, iaitu Cik Musfirah Mustafa.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah menerima maklum balas positif daripada para peserta dan berjaya mencapai objektif utama penganjurannya. Para peserta turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan berharap agar bengkel seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan bagi memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kualiti penyelidikan.
Tarikh Input: 13/02/2026 | Kemaskini: 13/02/2026 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my