14 Februari 2025 - Institut Biosains melalui Pejabat Direktorat telah menganjurkan Kursus Asas Canva bertempat di Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, IBS. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Nor Hamizah Mashud, seorang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang reka bentuk grafik.
Kursus yang terbuka untuk staf IBS ini telah berjaya menarik 24 orang peserta terdiri daripada kalangan Pegawai Akademik, Pegawai Pengurusan & Profesional, dan Pegawai Pelaksana. Kursus ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah IBS. Sepanjang sesi, Puan Nor Hamizah Mashud telah berkongsi panduan asas dalam penyediaan slaid pembentangan dan poster menggunakan aplikasi Canva, selain menyampaikan pelbagai tips berguna bagi membantu peserta menghasilkan reka bentuk yang lebih menarik dan berkesan.
Semoga dengan penganjuran Kursus Asas Canva ini dapat memberikan inspirasi dan kemahiran baharu kepada para peserta untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih kreatif dan professional.
Tarikh Input: 24/02/2025 | Kemaskini: 24/02/2025 | azah

Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel Perkhidmatan makmal: ibs_services@upm.edu.my