Penyelidikan Translational Genomik | INSTITUT BIOSAINS
» Penyelidikan Translational Genomik

Penyelidikan Translational Genomik

Sinopsis:

Program penyelidikan Translational Genomics  memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi  molekul dalam pengenalpastian  genetik dan perubahan  epigenetik penyakit kanser dengan mengkaji pelbagai  laluan penyebab sel menjadi kanser (karsinogenesis)  atau kepelbagaian persekitaran sel kanser yang khusus terdapat dalam variasi genetic penduduk Asia. 

Keupayaan untuk meneliti dan memahami kanser dari perspektif genetik penduduk Asia akan membolehkan penemuan novel biopenanda  kanser  dalam proses diagnosis dan  terapi yang yang lebih tepat  kerana  menyasarkan kepada peristiwa molekul dalam laluan penyebab kanser  yang  terdapat  di kalangan penduduk Asia.   Memahami perubahan genetik membolehkan pengkajian terperinci kepada perkembangan penyakit dan rintangan terhadap terapi dan akhirnya akan menyumbang ke arah matlamat membangunkan terapi gen kanser dan terapi kanser yang khusus.

 

Hubungi:

Profesor Madya Dr. Syahrilnizam Abdullah
TIMBALAN PENGARAH | DS54
 : syahril@upm.edu.my 
 : 03 - 9769 2102

Kemaskini:: 12/06/2020 [azah]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 2207
03 - 9769 2111
S, (08:13:41pm-08:18:41pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]