11. Vaksin & Terapeutik
Bidang pengajian ini memberi penumpuan terhadap penyelidikan dan inovasi pembangunan vaksin/ produk imunoterapeutik. Penekanan yang mendalam di berikan ke atas kebolehupayaan untuk membangun dan mengaplikasi pelbagai teknik bagi membangun produk, metod baru atau sistem. Proses penyelidikan dan inovasi bidang ini melibatkan penggunaan pelbagai metod yang melibatkan pelbagai bidang berkaitan termasuk virologi, mikrobiologi, imunologi, serologi, biologi sel, biologi molekul, biologi kanser, fermentasi, nanobioteknologi, ujian pre-klinikal, ujian klinikal, bio-availbiliti, kepatuhan piawaian Good Manufacturing Practice (GMP). Bidang ini memberi penekanan ke atas pembangunan vaksin dan imunoterapeutik ke atas penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan lain-lain mikrob; dan juga penyakit tak-berjangkit seperti kanser, disorder metabolik dan modulasi imun.
Kemaskini:: 03/09/2020 [azah]
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my