Metabolomik | INSTITUT BIOSAINS
» Metabolomik

Metabolomik

9. Metabolomik
Metabolomik ialah kajian molekul atau metabolit yang berat molekularnya rendah, yang ditemui dalam sel-sel dan sistem biologi. Ia berkisar mengenai penafsiran"metabolome" yang merupakan set lengkap metabolit dalam sesuatu organisma. Komposisi metabolome adalah mencerminkan rangkaian laluan enzim yang dikodkan dalam genom. Ia juga mencerminkan interaksi proses pembangunan dan perubahan persekitaran sepanjang hayat organisma. Sifat holistic pendekatan metabolomik menjadikannya amat ternilai dalam pencirian dan pemahaman mengenai tindak balas metabolic yang berlaku ke atas organism ekoran daripada pertubasi. 

Oleh yang demikian, metabolomik mempunyai aplikasi yang menarik dalam pelbagai bidang penyelidikan seperti interaksi alam sekitar, biotenaga, genomik berfungsi, metabolism sekunder, biologi sistem dan model metabolik dalam tumbuh-tumbuhan, alga, dan sistem mikrob. Konservasi metabolit merentasi pelbagai spesies haiwan dan ini memudahkan ekstrapolasi hasil penyelidikan pada haiwan makmal kepada manusia dan seterusnya kepada penyelidikan klinikal dan peralihan.

Teknologi platform yang sering digunakan untuk mengukur metabolome termasuklah spektrometri jisim (MS) dan spektroskopi resonan magnet nuclear (RMN), yang boleh mengukur dari ratusan hingga ribuan entity kimia yang unik (UCE). Projek dalam program ini bertumpu kepada pertanian (contohnya agronomi, lepas tuai, interaksi tumbuhan patogen) dan kajian bioperubatan yang memerlukan pendekatan metabolomik. Fokus kajian metabolomik bioperubatan di LHS terfokus kepada mengkaji kesan anti-diabetes, anti-obesiti, anti-diuretik/nefrotikdan anti-kanser ekstrak tumbuhan.

Senarai Pakar
Profesor Dr. Khozirah Shaari
Profesor Madya Dr. Yaya Rukayadi
Profesor Madya Dr. Faridah Abas
Profesor Madya Dr. Intan Safinar Ismail 

Kemaskini:: 26/09/2017 [azah]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXESWA5~