Oleh: Radin Umar Radin Sohadi
Buku ini merupakan biografi yang mengisahkan perjalanan kisah hidup Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi bermula dengan zaman membesar beliau, bagaimana kehidupan di Maktab Tentera Diraja dan ketika lanjutkan pelajaran di luar negara. Buku ini juga mengisahkan cerita bagaimana beliau mula bekerja sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (nama pada waktu itu) sehinggalah memegang jawatan-jawatan penting di fakulti, UPM, MIROS dan Jabatan Pengajian Tinggi. Membuktikan bahawa orang kampung penoreh getah juga boleh menjadi seorang professor, ketua pengarah dan Naib Canselor. Menerusi buku ini turut dikongsikan cerita, pengalaman, pelbagai nasihat dan ilmu, tips berkenaan budaya kerja, cara hidup serta motivasi oleh beliau dinyatakan pada setiap bab dalam buku mengikut jawatan dan tanggungjawab yang beliau galas. Buku ini juga mengisahkan perjuangan beliau lalui melawan kanser.
Perkara utama yang sentiasa ditekankan di dalam buku ini adalah amanah dan pentingnya mencari keredaan Allah. Perkataan amanah berulang kali disebut bagi mengingatkan pembaca tentang peranan manusia yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi Allah.
Penulisan dan gaya bahasa buku ini sangat mudah difahami. Selain biografi, buku ini juga sesuai dibaca sebagai buku motivasi. Semoga buku ini akan terus menjadi sedekah jariah bagi beliau. Al-Fatihah.
Diulas oleh: Musliyana Mansor
Updated:: 01/11/2019 [azah]

Director
Institute of Bioscience,
Universiti Putra Malaysia,
Email inquiry about laboratory services: ibs_services@upm.edu.my