5. Bioteknologi Industri
Bioteknologi industri adalah aplikasi bioteknologi untuk tujuan industri, termasuk pengilangan, tenaga alternatif dan biobahan. Bidang ini merupakan bidang utama dalam kajian pembangunan bagi pengkomersialan pelbagai produk bioteknologi dan biopemprosesan industri dengan menggunakan enzim dan sel-sel biologi (mikroorganisma, tumbuhan dan haiwan) atau keadaan bioproses fisiologi mereka. Bidang bioteknologi industri memberikan impak yang besar dalam sektor bahan kimia, membolehkan penukaran sumber-sumber boleh diperbaharui seperti selulosa, kanji, gula dan minyak tumbuhan, dan biopenukaran bahan mentah menggunakan proses-proses bioteknologi (termasuk biokatalisis) kepada pelbagai bahan kimia dan produk bioteknologi yang mana tidak dapat dilakukan menggunakan proses sintetik atau kimia. Bioproduk in termasuklah bahan-bahan kimia, farmaseutikal, biowarna, pelarut, bioplastik, vitamin, penambah makanan, bioracun dan biominyak cecair seperti bioetanol dan biodiesel.
Senarai Pakar
Kemaskini:: 02/10/2017 [azah]
PERKONGSIAN MEDIA