Taklimat Harta Intelek | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Taklimat Harta Intelek

Taklimat Harta Intelek

12 Mei 2023: Institut Biosains telah mengadakan Taklimat Harta Intelek yang dihadiri oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada ahli pengurusan, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains dan Penyelidik Bersekutu Interim. Taklimat ini merupakan road show oleh Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park ke Fakulti-Fakulti dan Institut-Institut di UPM. Taklimat disampaikan oleh Prof. Dr. Rusmawati Said, Timbalan Pengarah, Bahagian Harta Intelek Putra Science Park dan dibantu oleh Puan Ashida Othman, Pegawai Sains dari Seksyen Pengurusan Paten.

Antara kandungan taklimat ini menerangkan mengenai fungsi Bahagian Harta Intelek, jenis-jenis harta intelek dan cara membuat permohonan pendaftaran bagi melindungi harta intelek. Disamping itu terdapat juga sesi soal jawab dengan penyelidik-penyelidik di IBS yang mempunyai kemusykilan mengenai harta intelek. 

Taklimat ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada penyelidik mengenai jenis-jenis harta intelek, bagaimana untuk melindunginya dan mendapatkan pengiktarafan. Hasil daripada pengiktirafan ini memudahkan penyelidik untuk memohon geran komuniti dan dapat membantu menjana pendapatan UPM.

Tarikh Input: 01/06/2023 | Kemaskini: 01/06/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdPAX~