19 Mac 2024 – Empat delegasi dari Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC) yang diketuai oleh Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah Institut Biosains dan selaku Penasihat UNiCC telah ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Petaling Jaya untuk sesi lawatan kerja. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengadakan perbincangan berkaitan kesediaan dan keperluan UNiCC dalam mendapatkan status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan (NDA). Selesai sesi perbincangan, delegasi UNiCC dibawa untuk melihat sekitar pejabat baharu MyIPO yang dijangka akan dirasmikan pada bulan April 2024.
Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah
Pengarah
Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia,
Emel : dir.ibs@upm.edu.my