Seminar Biokeselamatan Dan Biosekuriti : Bagaimana Implementasi Secara Praktikal Di Makmal? | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Seminar Biokeselamatan dan Biosekuriti : Bagaimana Implementasi Secara Praktikal di Makmal?

Seminar Biokeselamatan dan Biosekuriti : Bagaimana Implementasi Secara Praktikal di Makmal?

7 Februari 2024 - Laboratori Vaksin dan Biomolekul (VacBio), Institut Biosains dengan kerjasama Jawatankuasa Institusi Biokeselamatan dan Biosekuriti UPM (IBBC UPM) telah menganjurkan seminar kesedaran tentang kepentingan implementasi Prosedur Operasi Piawaian (S.O.P.) untuk biokeselamatan dan biosekuriti di makmal. Peserta sasaran bagi seminar ini adalah pelajar, penyelidik, staf makmal dan pengamal biokeselamatan dan biosekuriti di Malaysia. Sejumlah tiga puluh (30) orang peserta telah menghadiri seminar ini dan sesi seminar telah disampaikan oleh empat (4) orang penceramah jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing berkaitan biokeselamatan dan biosekuriti. Dalam sesi pertama yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Chia Suet Lin, Timbalan Pengerusi IBBC UPM, peserta telah diberi pendedahan keseluruhan tentang amalan biokeselamatan dan biosekuriti di UPM, termasuk prosedur dokumentasi dan akta-akta yang berkaitan. Sesi kedua pula memberikan pendedahan tentang amalan terbaik untuk biokeselamatan dan biosekuriti dalam penyelidikan haiwan oleh Prof. Madya Dr. Nor Yasmin Abdul Rahaman, ahli Jawatankuasa IBBC UPM. Seterusnya, sesi ketiga dibantu oleh Encik Clarence Ko Ching Huat, Pegawai Sains dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia tentang kepentingan menggunakan Alat Lindung Diri (P.P.E.) di makmal biokeselamatan. Sesi terakhir telah disampaikan oleh Ir. Dr. R. Tiruselvam, Pengarah Teknikal, Biogard Asia (M) Sdn. Bhd. yang menekankan tentang keperluan dan fasiliti di makmal biokeselamatan.

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdPAC~