Seminar Antarabangsa Dalam Penggunaan Analitikal Skop-Berbilang, Lebih Daripada Isu Semantik: Teknik Kromatografi | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Seminar Antarabangsa dalam Penggunaan Analitikal Skop-Berbilang, Lebih daripada Isu Semantik: Teknik Kromatografi

Seminar Antarabangsa dalam Penggunaan Analitikal Skop-Berbilang, Lebih daripada Isu Semantik: Teknik Kromatografi

5 Mac 2024 – Seminar Antarabangsa dalam Penggunaan Analitikal Skop-Berbilang, Lebih daripada Isu Semantik: Teknik Kromatografi anjuran Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah diadakan di Bilik Seminar, NaturMeds A. Seminar ini telah ditaja oleh geran penyelidikan bagi Projek Kerjasama Teknikal Kebangsaan (TC) di bawah Program TC Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis. 

Penceramah jemputan bagi seminar ini adalah Prof. Dr. Horacio Heinzen, dari Fakulti Kimia, University of the Republic, Uruguay. Seminar ini telah dihadiri oleh 27 orang peserta dari UPM yang terdiri daripada staf dan pelajar pascasiswazah. Seminar ini bertujuan memberi peserta pemahaman mendalam tentang analisis pelbagai pengesanan kontaminan di dalam pelbagai jenis sampel (seperti sampel makanan, biologi dan alam sekitar) menggunakan teknik kromatografi, yang terdiri daripada pemantauan tindak balas tunggal (SRM), kaedah pelbagai sisa (MRM) dan kaedah pelbagai-kelas. Seminar ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan interaktif di antara penceramah dan para peserta, diikuti penyampaian cenderahati oleh Prof. Madya Dr. Siti Munirah Mohd Faudzi, Ketua NaturMeds kepada penceramah. Secara keseluruhannya, para peserta memberikan maklum balas positif kepada penganjur untuk pengurusan seminar dan berharap seminar yang sama akan diteruskan pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdNAl~