Program Pengurusan Kesihatan Ikan Bersama Penternak Di Semenyih, Selangor | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Program Pengurusan Kesihatan Ikan Bersama Penternak di Semenyih, Selangor

Program Pengurusan Kesihatan Ikan Bersama Penternak di Semenyih, Selangor

14 September 2023 – Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik (AquaHealth), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Ecojubilee Aquaculture Conglomerate Resources telah menganjurkan program pengurusan kesihatan ikan bersama penternak di VL Ocean Services di Semenyih, Selangor. Program ini telah dihadiri oleh 20 orang penternak daripada Selangor, Johor, Kelantan dan Sarawak. Penceramah yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin, Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Amal Azmai, Dr. Nur Diyana Mohamad Tahir, dan ChM. Muhammad Farhan Nazarudin daripada AquaHealth serta Dr. Pang Sing Tung daripada Ecojubilee Aquaculture Conglomerate Resources. Program ini berlangsung dari 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang merangkumi pelbagai topik berkaitan kualiti air dan pengurusan kesihatan haiwan akuatik. Sebagai tambahan, sesi demonstrasi pembedahan ikan turut dijalankan sebagai sebahagian program ini.

Program ini menyediakan platform sangat bernilai untuk pertukaran pengetahuan dan interaksi antara penyelidik, penternak ikan, dan profesional industri. Ia membolehkan penyelidik  mendapat pandangan awal kepada cabaran yang dihadapi oleh para penternak ikan dan perkongsian amalan terbaik dalam akuakultur. Semangat kerjasama daripada aktiviti ini diharap dapat meningkatkan kualiti penyelidikan dan menyumbang kepada penambahbaikan hasil pengeluaran di masa hadapan.

Tarikh Input: 01/10/2023 | Kemaskini: 01/10/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdMAb~