Program Go Green Dan Gotong Royong EKSA | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Program Go Green dan Gotong Royong EKSA

Program Go Green dan Gotong Royong EKSA

17 Ogos 2023 - Unit Biodiversiti telah menganjurkan Program Go Green di Taman Konservatori dan aktiviti Gotong Royong EKSA di sekitar Institut Biosains (IBS). Seramai 75 orang staf IBS terlibat dalam aktiviti tersebut. Program Go Green ini merupakan salah satu aktiviti yang menyokong agenda kelestarian alam di peringkat universiti selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Usaha ini bertujuan melahirkan staf yang sentiasa peka berkaitan isu alam sekitar.  Berpandukan Dasar Hijau Universiti Putra Malaysia, Program Go Green IBS memupuk kesedaran dan memberi pendidikan kepada staf IBS mengenai kebaikan terhadap penjagaan alam sekitar. Melalui penanaman pokok, membentuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim di kalangan staf IBS, kami bermatlamat memulihara kekayaan biodiversiti dalam persekitaran semulajadi sambil mengurangkan kesan buruk pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim yang melampau. Secara serentak, Gotong Royong EKSA dilaksanakan pada hari yang sama hasil usaha bersama Kelab Kebajikan Institut, Pengurusan Institut dan Unit Biodiversiti. Usaha kolektif ini memberikan pelbagai objektif, termasuk mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, dan memastikan kriteria audit mematuhi segala keperluan daripada pelbagai agensi kerajaan. Kami berbangga melaporkan yang penglibatan dan dedikasi staf IBS terbukti melalui aktiviti ini, memandangkan semua pihak saling bekerjasama secara harmoni dalam penyediaan rapi terhadap tugasan masing-masing yang telah ditetapkan.

Tarikh Input: 28/09/2023 | Kemaskini: 28/09/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdNAk~