Lawatan Berilmiah Staf Zoo Melaka Ke COMeT | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Lawatan Berilmiah Staf Zoo Melaka ke COMeT

Lawatan Berilmiah Staf Zoo Melaka ke COMeT

5 Julai 2023 - Unit Perubatan Komparatif dan Teknologi (COMeT) di Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah kepada delegasi dari Zoo Melaka. Pasukan delegasi yang disertai oleh tiga orang staf dari zoo, bertanggungjawab memastikan kelangsungan sumber makanan bagi keperluan haiwan di zoo. Tujuan utama lawatan adalah untuk melihat operasi pembiakbakaan yang dijalankan oleh COMeT. Pegawai veterinar zoo mencadangkan lawatan ini untuk meneroka peluang memulakan program pembiakbakaan mencit. Tujuan di sebalik program ini untuk memastikan adanya kelangsungan bekalan makanan untuk reptilia dan mengurangkan kebergantungan kepada sumbangan orang ramai sebagai sumber makanan.

Lawatan ini dimulakan dengan pembentangan dari pegawai COMeT, diikuti lawatan ke fasiliti haiwan. Sebagai sebahagian daripada lawatan ini, pegawai mengambil bahagian dalam kuiz yang disediakan oleh pegawai COMeT, yang mana pegawai dapat menjawab kuiz dengan baik. Tambahan lagi, perbincangan diadakan bagi potensi kerjasama dan pemindahan ilmu pengetahuan antara UPM dan pihak zoo. Sebagai tanda penghargaan, di akhir sesi lawatan, peserta menerima sijil daripada Penyelaras COMeT. Ini diikuti sesi bergambar secara berkumpulan dan makan tengahari sebelum majlis bersurai.

 

Tarikh Input: 26/07/2023 | Kemaskini: 26/07/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdPAD~