Latihan Pengenalan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (CHRA) Dan Pembentangan Dapatan Laporan CHRA | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Latihan Pengenalan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan (CHRA) dan Pembentangan Dapatan Laporan CHRA

Latihan Pengenalan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan (CHRA) dan Pembentangan Dapatan Laporan CHRA

7 Mac 2024 – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Biosains (IBS) yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin dengan kerjasama Pengurusan IBS, telah menganjurkan sesi Latihan Pengenalan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan (CHRA) dan Pembentangan Dapatan Laporan CHRA. Latihan ini melibatkan seramai 25 orang staf IBS. 

Tujuan utama latihan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan staf makmal yang mengendalikan bahan kimia di IBS mengenai risiko terhadap pendedahan bahan kimia di tempat kerja. Selain itu, ia bertujuan memberikan pendedahan kepada dapatan laporan CHRA yang dijalankan pada November 2023. Sesi latihan telah dikendalikan oleh Puan Rozalini Ahmad dari Linosh Resources, yang menyampaikan pembentangan bermaklumat dan berkesan. Sesi ini terbukti efektif dalam melengkapkan peserta dengan pengetahuan berharga tentang risiko keselamatan kimia dan kesihatan dalam persekitaran makmal.

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdOAd~