Kursus Tumbuhan Ubatan: Pengecaman, Aplikasi Dan Kaedah Penjagaan 2024 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Kursus Tumbuhan Ubatan: Pengecaman, Aplikasi dan Kaedah Penjagaan 2024

Kursus Tumbuhan Ubatan: Pengecaman, Aplikasi dan Kaedah Penjagaan 2024

5-6 Mac 2024 - Unit Biodiversiti (UBD), Institut Biosains (IBS) telah menganjurkan Kursus Tumbuhan Ubatan: Pengecaman, Aplikasi dan Kaedah Penjagaan 2024 dengan jayanya. Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IBS, Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin. Kursus ini telah dihadiri seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada staf Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Syarikat Cempaka Lanskap Sdn Bhd, Darul Syifa’ Bangi, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pelajar pascasiswazah. 

Beberapa penceramah terkemuka telah dilantik oleh Unit Biodiversiti bagi aktiviti ini. Prof. Madya Dr. Noor Baity Saidi dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM dan Dr. Khairil Mahmud dari Fakulti Pertanian, selaku Penyelaras UBD, serta pesara UPM iaitu Encik Tajuddin Abdul Manap, yang mempunyai kepakaran dalam bidang tumbuhan ubatan berkongsi pengetahuan dan memberi tunjuk ajar sepanjang kursus ini dijalankan. Kursus ini telah diadakan di IBS dan Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC).

Objektif kursus ini adalah bagi memperkenalkan peserta dengan kegunaan tradisional tumbuhan ubatan yang biasa dijumpai di kawasan ini, di samping melengkapkan mereka dengan kemahiran diperlukan untuk penanaman dan penjagaan sumber botani yang berharga ini. Tambahan lagi, kursus ini bertujuan untuk memupuk kesedaran, minat dan potensi dalam industri perubatan bagi penggunaan tumbuhan ubatan. UBD selaku penganjur menerima maklum balas yang memberangsangkan daripada setiap peserta kursus, menandakan kejayaan dan nilai program tersebut. 

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdOAx~