Jerayawara Program InnoHub & Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) 2023 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Jerayawara Program InnoHub & Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) 2023

Jerayawara Program InnoHub & Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) 2023

11 Oktober 2023 - Putra Science Park (PSP) telah menganjurkan Jerayawara Program InnoHub dan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) 2023 di Bilik Mesyuarat Kesidang Utama di Institut Biosains (IBS). Taklimat ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli pengurusan, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains dan Penyelidik Bersekutu. Jerayawara ini merupakan sebahagian daripada jangkauan PSP ke Fakulti dan Institut di UPM, dan IBS bertuah kerana menjadi PTJ pertama yang dilawati oleh PSP. Taklimat ini diserikan lagi dengan kehadiran Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah PSP. Taklimat tersebut merangkumi pelbagai topik, termasuk penerangan mengenai Program InnoHub yang disampaikan oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Penyelaras InnoHub. 

Program InnoHub dirangka untuk menyokong pembangunan syarikat start-up bagi tujuan mengkomersilkan teknologi UPM. Ia menawarkan geran sebanyak RM90,000 kepada staf UPM dan menggalakkan usahawan teknologi menterjemahkan teknologi dan inovasi UPM kepada produk sedia-pasaran melalui pengesahan pasaran. Tambahan lagi, PSP turut menerangkan mengenai GPPP yang disampaikan oleh Puan Noor Fadilah Ayu Wichi dari Unit Pengurusan Geran. Geran ini bertujuan untuk membantu penyelidik mengenalpasti kehendak pasaran dan mengurangkan risiko pelabur dalam membiayai projek atau teknologi berisiko tinggi ke arah tujuan pengkomersilan. Ia boleh digunakan untuk memacu teknologi atau perkhidmatan tertentu ke arah pengkomersilan, dengan peruntukan sehingga RM100,000 bagi setiap projek dan tempoh maksima projek selama setahun. Taklimat berakhir dengan sesi soal jawab, di mana pegawai dan penyelidik di IBS mempunyai peluang mendapatkan penjelasan dan melontarkan sebarang pertanyaan berkaitan Program InnoHub dan GPPP.

Tarikh Input: 29/10/2023 | Kemaskini: 29/10/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdOAO~