Hari Terbuka CANRES 2023: Siri 3 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Hari Terbuka CANRES 2023: Siri 3

Hari Terbuka CANRES 2023: Siri 3

14 September 2023 - Hari Terbuka CANRES 2023 siri ketiga, anjuran Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), mengalu-alukan peserta daripada Yayasan Kanser Payudara. Antara yang hadir adalah pasukan pengurusan, pesakit, rakan-rakan dan ahli keluarga, yang melahirkan rasa teruja dengan pengisian program pada hari tersebut. Ketika ucapan perasmian, Prof. Madya Dr. Chia Suet Lin selaku Ketua Laboratori CANRES dan juga Pengerusi program menyampaikan ucapan ringkas. Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan bahawa objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan berharga kepada peserta berkaitan usaha penyelidikan kanser yang sedang dijalankan di Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA. 

Tarikh Input: 28/09/2023 | Kemaskini: 28/09/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdOAi~