Ceramah Ramadhan: Sentuhan Al-Quran Terhadap Ilmuwan Barat Oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Ceramah Ramadhan: Sentuhan Al-Quran Terhadap Ilmuwan Barat oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail

Ceramah Ramadhan: Sentuhan Al-Quran Terhadap Ilmuwan Barat oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail

05 April 2023 - Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia tahun 1444H, Pengurusan IBS dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial Institut Biosains (KESIB), Universiti Putra Malaysia telah menjemput Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Sentuhan Al-Quran terhadap Ilmuwan Barat” yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Auditorium, IBS. Beliau merupakan mantan pensyarah UPM di Fakulti Sains yang kini menjalankan kerja sebagai Pendakwah Bebas.

Ceramah ini telah berjaya menarik ramai hadirin dikalangan staf UPM terutamanya dari IBS sendiri. Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail ialah kebenaran mukjizat Al-Quran yang telah berjaya menyentuh hati nurani para ilmuwan barat untuk memeluk Islam, antaranya Marmaduke Pickthall (Muhammad Marmaduke Pickthall), Roger Garaudy, Leopold Weiss Alias (Muhammad Asad), Prof. Thomas Ballantyne, Dr. Maurice Bucaille, Prof. Yoshidi Kazai, Dr. Arthur Alison, Dr. Ian Weber, Gary Miller dan lain-lain.  Para ilmuwan dari barat yang telah tertawan dengan mukjizat Al-Quran ini adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti bahasa, astronomi, biologi, ekonomi dan arkeologi. Hadirin terpegun dengan fakta penyelidikan yang dikemukakan oleh penceramah sepanjang program berlangsung.

Semoga dengan penganjuran program ilmu yang bermanfaat seumpama ini dapat menyuntik penghayatan dan cintakan Al-Quran oleh warga muslim di UPM seluruhnya.

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdMAH~