Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penuh “Economics Of Innovation And Information Technology (IT) Along The Aquaculture Chains To Support Climate Change Resilience And Poverty Reduction In Southeast Asia” Bersama Kolaborator Antarabangsa | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penuh “Economics of Innovation and Information Technology (IT) Along The Aquaculture Chains To Support Climate Change Resilience And Poverty Reduction In Southeast Asia” Bersama Kolaborator Antarabangsa

Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penuh “Economics of Innovation and Information Technology (IT) Along The Aquaculture Chains To Support Climate Change Resilience And Poverty Reduction In Southeast Asia” Bersama Kolaborator Antarabangsa

16 Februari 2023 - Bengkel penulisan kertas cadangan selama dua hari bertajuk “Economics of Innovation and Information Technology (IT) Along the Aquaculture Chains to Support Climate Change Resilience and Poverty Reduction in Southeast Asia” telah diadakan di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama kolaborator antarabangsa. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Institut Biosains, UPM dengan kerjasama Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia, Han University of Applied Sciences, Belanda dan Economics Ho Chi Minh City (UEH) Universiti, Vietnam. 

Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menyediakan platform perbincangan interaktif dan sesi pembentangan laporan penglibatan industri dalam dan luar negara serta menulis kertas cadangan penuh yang akan dimajukan kepada Economy and Environment Partnership for Southeast Asia (EEPSEA), yang merupakan kolaborasi di antara Economy and Environment Program for Southeast Asia (Program EEPSEA) dan pemberi dana yang berkaitan. Pakar dan penyelidik berkongsi informasi dan kajian terkini dalam bidang teknologi maklumat dan perubahan iklim ketika sesi bengkel ini berlangsung. Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta termasuk penyelidik, pembantu penyelidik dan wakil industri dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdMAM~