Bengkel Kultur Sel Untuk Penyelidikan Kanser Siri 2023 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Bengkel Kultur Sel untuk Penyelidikan Kanser Siri 2023

Bengkel Kultur Sel untuk Penyelidikan Kanser Siri 2023

30 Mei - 1 Jun 2023: Bengkel kultur sel selama 3 hari siri 2023 telah berjaya dianjurkan oleh Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia. Bengkel ini dianjurkan setiap tahun dan terbuka kepada umum, terutamanya kepada penyelidik dan pelajar yang baru terlibat dalam penyelidikan kanser. Bengkel ini terdiri daripada enam ceramah yang diadakan di Bilik Tongkat Ali Emas dan tujuh sesi praktikal yang dijalankan di CANRES. Sejumlah 11 orang peserta yang menghadiri bengkel ini adalah dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Institut Bioteknologi Kebangsaan, dan Universiti Teknologi Malaysia. Para peserta menerima pemahaman yang menyeluruh tentang teori kultur sel dan bimbingan praktikal daripada Prof. Madya Dr. Chia Suet Lin (Ketua Laboratori CANRES), dan Dr. Armania Nurdin (Penyelidik Bersekutu Interim CANRES) serta kakitangan teknikal CANRES semasa sesi praktikal.

     
     
   

 

Tarikh Input: 03/07/2023 | Kemaskini: 03/07/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdOAC~