Webinar CANRES Siri 2 (2023) | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Webinar CANRES Siri 2 (2023)

Webinar CANRES Siri 2 (2023)

16 Mei 2023 - Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Webinar CANRES Siri 2 (2023) yang bertajuk, “Extracellular Vesicles: A Multi-faceted Player in Cancer” melalui platform Google Meet. Webinar ini telah disampaikan oleh Dr. Nadiah Abu, Felo Penyelidik di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Webinar ini menerangkan tentang penyelidikan yang dijalankan ke atas vesikel ekstraselular (EV) dari sudut pendekatan yang berbeza untuk aplikasi translasi dalam kanser seperti biomarker kanser dalam kemo-rintang, vaksin kanser dan imunomodulasi. Webinar ini dihadiri seramai lebih daripada 100 orang peserta, termasuk kakitangan akademik, penyelidik, dan pelajar dari UPM dan universiti lain. Sambutan dan maklum balas yang baik telah diterima daripada peserta pada akhir webinar.

Tarikh Input: 03/07/2023 | Kemaskini: 03/07/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdCA2~