Verifikasi Stor Bahan Kimia Pusat Tanggungjawab (Institut Biosains) Oleh Pegawai Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Universiti Putra Malaysia | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Verifikasi Stor Bahan Kimia Pusat Tanggungjawab (Institut Biosains) oleh Pegawai Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Universiti Putra Malaysia

Verifikasi Stor Bahan Kimia Pusat Tanggungjawab (Institut Biosains) oleh Pegawai Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Universiti Putra Malaysia

5 Januari 2024 – Baru-baru ini, Institut Biosains (IBS) telah menerima satu lawatan oleh Pegawai Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan verifikasi dan penilaian stor bahan kimia institut. Sembilan unit utama stor bahan kimia di IBS terlibat dalam lawatan verifikasi ini dan setiap unit dikawalselia oleh Pegawai Stor yang telah ditetapkan.

Tujuan verifikasi ini adalah untuk memastikan keselamatan dan pematuhan prosedur pengurusan bahan kimia yang telah diwujudkan. Penilaian menyeluruh melibatkan pemeriksaan rekod inventori bahan kimia, pemeriksaan keadaan fizikal bahan kimia dan labelnya, penelitian terhadap kawasan stor untuk pematuhan keselamatan, dan semakan kepatuhan terhadap amalan keselamatan.

Dapat disimpulkan bahawa aktiviti verifikasi untuk simpanan bahan kimia ini adalah penilaian kali pertama selepas implementasi Sistem E-Stor Bahan Kimia pada 2021. Sistem E-Stor Bahan Kimia ini meliputi semua aspek pengurusan stor berdasarkan pekeliling dan arahan-arahan lain yang berkaitan dengan pengurusan stor yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Lawatan ini diakhiri dengan sedikit teguran formal serta perkongsian maklumat oleh Pegawai PPKKP kepada Pegawai Stor terlibat.

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdFAF~