UNiCC Menerima Lawatan Daripada MKAK | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » UNiCC Menerima Lawatan daripada MKAK

UNiCC Menerima Lawatan daripada MKAK

20 Mac 2023 – Seramai 11 orang delegasi daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) yang diketuai oleh Dr. Nor Zahrin Hasran (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) telah melawat Unit Koleksi Kultur Mikrob (UNiCC), Institut Biosains. MKAK merupakan penyelaras dan pengurus projek Pusat Kawalan Penyakit Negara di Malaysia. Tujuan lawatan adalah untuk mengenalpasti ruang penambahbaikan dalam rekabentuk makmal serta sistem aplikasi data yang sedia ada bagi koleksi kultur mikrob. Lawatan telah dimulakan dengan sesi suai kenal, diikuti pembentangan dan perbincangan oleh kedua-dua belah pihak. Pegawai daripada UNiCC secara umumnya telah memberikan penerangan kepada delegasi mengenai pengurusan koleksi kultur mikrob dan program diteruskan dengan lawatan makmal untuk melihat peralatan, kemudahan dan penyimpanan koleksi kultur yang ada.

 
     
 

Tarikh Input: 10/04/2023 | Kemaskini: 10/04/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdFAx~