Seminar Metabolomik Dalam Penyelidikan Hasilan Semulajadi Oleh Dr. Ahmed Mediani | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Seminar Metabolomik dalam Penyelidikan Hasilan Semulajadi oleh Dr. Ahmed Mediani

Seminar Metabolomik dalam Penyelidikan Hasilan Semulajadi oleh Dr. Ahmed Mediani

27 September 2023 – Seminar Metabolomik dalam Penyelidikan Hasilan Semulajadi anjuran Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya diadakan menerusi platform Google Meet. Seminar ini disampaikan oleh Dr. Ahmed Mediani, Felo Penyelidik produk semulajadi, metabolomik dan makanan berfungsi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seminar ini telah disertai oleh penyelidik daripada dalam dan luar UPM, bermula pada 10.00 hingga 11.30 pagi. Sesi interaktif soal jawab turut diadakan di akhir seminar ini. Objektif utama seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan penyelidik dan kualiti keseluruhan usaha penyelidikan yang dijalankan. Ia memberi intipati bernilai, khususnya kepada mereka yang terlibat dalam penyelidikan metabolomik, menjadikannya perbincangan yang sangat informatif dan menarik.

Tarikh Input: 29/10/2023 | Kemaskini: 29/10/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdDAK~