Seminar Cadangan Penyelidikan (Semester Pertama 2023/2024), Institut Biosains | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Seminar Cadangan Penyelidikan (Semester Pertama 2023/2024), Institut Biosains

Seminar Cadangan Penyelidikan (Semester Pertama 2023/2024), Institut Biosains

1 Februari 2024 - Seminar Cadangan Penyelidikan (SPS5903/SPS6903) adalah kursus wajib bagi pelajar Master dan PhD, yang perlu dilengkapkan selewat-lewatnya pada semester kedua program mereka. Kursus ini melibatkan pembentangan saintifik dan penilaian secara konstruktif cadangan penyelidikan, dengan penekanan kepada kemahiran pembentangan dan penambahbaikan cadangan penyelidikan tersebut.

Sebelum pembentangan pelajar perlu menghantar abstrak yang telah disemak dan disahkan oleh penyelia masing-masing. Semasa hari pembentangan, setiap pelajar diagihkan mengikut slot masa tertentu dan mereka diberi masa selama 15 minit untuk  membentangkan cadangan penyelidikan masing-masing, diikuti dengan 10 minit sesi soal jawab bersama penilai. Pelajar yang memenuhi kriteria markah yang telah ditetapkan akan diberi penilaian Memuaskan (gred M) dan sebaliknya akan diberi penilaian Tidak Memuaskan (gred TM).

Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEbRAK~