Seminar Awareness On Biosafety And Biosecurity | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Seminar Awareness on Biosafety and Biosecurity

Seminar Awareness on Biosafety and Biosecurity

Oleh Arba’ah Md Salleh & Zufliha Zakaria
Foto oleh Muhammad Fareeq Zainol Abidin

 

SERDANG, Feb 20 – Makmal Vaksin dan Immunotherapeutics (LIVES) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Biosains (IBS) telah menganjurkan Seminar Awareness on Biosafety and Biosecurity kepada semua kakitangan makmal di IBS. Dengan tujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang amalan biokeselamatan dalam menjalankan kerja-kerja makmal, penyelidikan, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan biomaterial, seminar ini telah dihadiri oleh 50 kakitangan dari semua unit kerja dan makmal di IBS. Timbalan Pengarah IBS merangkap Pengerusi Jawatankuasa OSH IBS, Prof. Madya. Dr. Syahrilnizam Abdullah telah menyampaikan ucapan pembukaan dan diikuti oleh ceramah oleh Encik Mohd Azman Ahmad, Pegawai Biokeselamatan UPM (BSO).

Jawatankuasa Biosafety and Biosecurity UPM telah ditubuhkan pada tahun 2019 untuk memenuhi keperluan berkaitan di UPM, sepertimana dinyatakan dalam Akta Biokeselamatan 2007 sebagai garis panduan mandatori dan rujukan semasa bekerja dengan biohazard dan toksin. Polisi dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dibangunkan untuk mengelakkan pelepasan secara tidak sengaja agen-agen biologi dan toksin tertentu atau pelepasan sengaja bahan biologi/perolehan pengetahuan, alat atau teknik. Seminar ini juga membantu peserta memahami Laboratory Acquired Infection (LAI) dan bagaimana untuk mencegah jangkitan dengan menggunakan prosedur kebersihan. Seminar ini juga dianggap sebagai sebahagian daripada latihan dan direkodkan dalam sistem e-latihan dengan 3 markah CPD. - UPM

Tarikh Input: 12/03/2020 | Kemaskini: 12/03/2020 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEaNAl~