Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains

Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains

6 Oktober 2023 - Institut Biosains (IBS) telah melaksanakan Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 25-26 September 2023. Penilaian ini dilaksanakan secara dalaman oleh Juruaudit EKSA IBS, berdasarkan kriteria dan garis panduan yang ditetapkan oleh jawatankuasa EKSA universiti. Terdapat 6 kriteria penilaian EKSA dinilai, termasuk keperluan utama pelaksanaan, ruang tempat kerja/ pejabat, tempat umum, keselamatan persekitaran, zon persekitaran jabatan dan tempat khas.  

Kemuncak program ini adalah Penilaian Program Pengiktirafan EKSA yang telah diadakan pada 5-6 Oktober 2023. Penilaian Program Pengiktirafan EKSA menawarkan pertandingan dalam 6 kategori iaitu Bilik Staf Terbaik, Ruang/ Bilik Fail Terbaik, Zon Terbaik, Kubikel Staf Terbaik, Bilik Mesyuarat Terbaik dan Sudut Informasi EKSA Terbaik. IBS telah menjemput Encik Mohamad Johadi Iskandar Che Jamil, yang merupakan Fasilitator EKSA IBS sebagai juri dalam menentukan pemenang bagi setiap kategori. Beliau diiringi oleh Encik Mohamad Ismail Baharom (Ketua Jawatankuasa Audit EKSA IBS) dan Puan Noor Nadia Mohd Sohaili (Ketua Jawatankuasa Promosi EKSA IBS). Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada semua staf, IBS akan mengadakan majlis bagi mengumumkan pemenang pada 20 Oktober 2023.

 

  

 

Tarikh Input: 29/10/2023 | Kemaskini: 29/10/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdIAe~