Penerimaan Tawaran Geran Insentif Daripada Yayasan Penyelidikan Otak, Minda Dan Neurosains Malaysia Kitar 1-2023 (YPOMNM) Oleh Penyelidik UPM | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Penerimaan Tawaran Geran Insentif Daripada Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia Kitar 1-2023 (YPOMNM) oleh Penyelidik UPM

Penerimaan Tawaran Geran Insentif Daripada Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia Kitar 1-2023 (YPOMNM) oleh Penyelidik UPM

23 Januari 2024 - Sejumlah RM6,000 telah diberikan oleh YPOMNM sebagai geran penyelidikan kepada penyelidik UPM, Dr. Norazalina Saad daripada Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES), Institut Biosains (IBS) bagi menjalankan kajian bertajuk “Dissecting the Combinatorial Effects of Magnetite Polymeric Nanoparticles Encapsulated Donepezil for Neurodegenerative Disease”. Kajian tersebut berkisar tentang exploitasi teknologi nano dalam penghantaran ubatan dan penilaian toksikologi nanopartikel yang dikaji. Penemuan daripada kajian ini amat berpotensi dalam memajukan diagnosis dan rawatan penyakit yang berkaitan dengan otak.

Majlis penyerahan replika cek telah diadakan di IBS pada 23 Januari 2024. Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Datuk Abdullah (Universiti Sains Malaysia), pengasas YPOMNM dan Profesor Madya Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli (Universiti Malaya) telah menyampaikan replika cek tersebut. Turut hadir bersama, ahli pemegang amanah Dato’ Dr. Nasser Abdul Wahab (Ketua Jabatan Neurosurgeri, Hospital Putrajaya), Profesor Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin (Timbalan Pengarah IBS), Profesor Madya Dr. Chia Suet Lin (Ketua Laboratori CANRES), dan penyelidik bersama geran tersebut, iaitu Profesor Dr. Norhaizan Mohd Esa dan Profesor Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah. 

YPOMNM ditubuhkan untuk memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap neurosains di Malaysia. Pertubuhan ini menyediakan bantuan kewangan, perkhidmatan, dan peluang kutipan sumbangan bagi penyelidik yang berminat berkaitan kajian otak, minda dan neurosains. Tambahan lagi, YPOMNM berhasrat mewujudkan kemudahan di makmal dan pusat penyelidikan klinikal untuk menyokong usaha penyelidikan penyelidik.

Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdJAx~