Penerbitan Terkini Dalam Jurnal Berimpak Tinggi | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Penerbitan Terkini dalam Jurnal Berimpak Tinggi

Penerbitan Terkini dalam Jurnal Berimpak Tinggi

13 Januari 2023 - Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Amal Azmai dan rakan penyelidik di atas penerbitan terkini dalam jurnal Aquaculture. Kajian ini menentukan dan membandingkan keparahan jangkitan tunggal dan bersama virus Tilapia Lake (TiLV) dan Streptococcus agalactiae dalam tilapia hibrid merah. Ikan tilapia telah dicabar secara intra-peritoneal dengan 106 TCID50/mL TiLV dan 103 CFU/mL S. agalactiae sama ada secara jangkitan tunggal atau bersama. Kedua-dua ikan yang dijangkiti secara tunggal atau bersama menunjukkan tanda klinikal dan gross lesions yang sama, terhadap pendedahan patogen masing-masing. Kajian ini menyimpulkan bahawa jangkitan bersama TiLV dan S. agalactiae meningkatkan kadar kematian dan menambah keparahan jangkitan dalam ikan tilapia. Ketahui lebih lanjut mengenai artikel ini di: https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0044848623000248

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdLAQ~