Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan (PKK) 2023 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) 2023

Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) 2023

21 Mac 2023 – Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) 2023 telah dijalankan oleh Pasukan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM di Institut Biosains (IBS) yang melibatkan beberapa skop dan makmal terpilih. Pasukan pemeriksaan ini terdiri daripada pegawai Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Unit Bantu Mula dan Fakulti Kejuruteraan, UPM. Skop pemeriksaan termasuklah sistem pencegahan kebakaran, pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta pematuhan kepada akta dan peraturan berkaitan (seperti Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan KKP (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Akta Biokeselamatan 2007). Semua pegawai yang bertanggungjawab dan staf IBS yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pemeriksaan dilaksanakan.

 

Tarikh Input: 31/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdKAI~