Majlis Penyerahan Geran Kajian, Pembangunan Dan Pengkomersilan (R&D&C) Khazanah Alam Program Industri Jualan Langsung Serta Penyerahan Lesen Jualan Langsung | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Majlis Penyerahan Geran Kajian, Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C) Khazanah Alam Program Industri Jualan Langsung serta Penyerahan Lesen Jualan Langsung

Majlis Penyerahan Geran Kajian, Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C) Khazanah Alam Program Industri Jualan Langsung serta Penyerahan Lesen Jualan Langsung

29 Mac 2023 – Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis (Ketua Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi, Institut Biosains) telah menghadiri Majlis Penyerahan Geran Kajian, Pembangunan, dan Pengkomersilan (R&D&C) Khazanah Alam Program Industri Jualan Langsung dan Penyerahan Lesen Jualan Langsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya. Geran dan lesen ini telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Turut hadir dalam majlis ini adalah Datuk Azman Mohd Yusof (Ketua Setiausaha KPDN), Dato’ Rohaizi Bahari (Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN), Datin Sylvia Koh (Presiden Persatuan Pengedar Terus Malaysia (MDDA)), Encik Mohamad Zaihan Mohamed Ariffin (Timbalan Presiden Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM)) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis telah menerima Geran Kajian, Pembangunan, dan  Pengkomersilan (R&D&C) bernilai RM400,000.00 bagi penyediaan fasiliti pengering sejukbeku yang akan digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada syarikat jualan langsung bagi menghasilkan produk berkualiti dan berinovasi tinggi. Pelaksanaan inisiatif pemberian Geran R&D&C bertujuan untuk membantu  perkembangan sektor perniagaan jualan langsung, khususnya kepada syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk tempatan berasaskan sumber alam. Secara tidak langsung, penerimaan geran ini bertindak sebagai platform yang menyediakan penyelidik UPM peluang menjalankan kerjasama penyelidikan dengan industri jualan langsung.

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdGAz~