Majlis Penutup Program Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains 2023 | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Majlis Penutup Program Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains 2023

Majlis Penutup Program Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains 2023

20 Oktober 2023 - Institut Biosains (IBS) menghargai komitmen staf dalam membudayakan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Komitmen ini diraikan dengan menganjurkan Majlis Penutup Program Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diadakan di Dewan Auditorium, IBS. Anugerah disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Daud Ahmad Israf Ali, Pengarah IBS kepada 6 kategori  yang dipertandingkan.

Zon Sireh Merah meraih kemenangan dalam kategori Bilik Kakitangan Terbaik, Zon Mahkota Dewa memenangi kategori Bilik/ Bilik Fail Terbaik, dan Zon Sireh Merah cemerlang dalam kategori Kubikel Kakitangan Terbaik. Zon Lelabah merangkul gelaran Bilik Mesyuarat Terbaik, dan Zon Mahkota Dewa muncul juara dalam kategori Sudut Informasi  EKSA Terbaik. Kemuncak majlis tersebut ialah Zon Sireh Merah dinobatkan sebagai Zon Terbaik. Pemenang pertama bagi setiap kategori berjaya membawa pulang hamper dan sijil penghargaan. 

Manakala tempat kedua Kategori Bilik Kakitangan Terbaik dimenangi oleh Zon Bakawali, Bilik/ Bilik Fail Terbaik dimenangi oleh Zon Sireh Merah, Kubikel Kakitangan Terbaik dimenangi oleh Zon Kamunting Cina, Bilik Mesyuarat Terbaik dimenangi oleh Zon Mahkota Dewa dan Sudut Informasi EKSA Terbaik dimenangi oleh Zon Rerama Ungu. 

Seterusnya tempat ketiga Kategori Bilik Kakitangan Terbaik dimenangi oleh Zon Mahkota Dewa, Bilik/ Bilik Fail Terbaik dimenangi oleh Zon Kamunting Cina, Kubikel Kakitangan Terbaik dimenangi oleh Zon Bakawali, Bilik Mesyuarat Terbaik dimenangi oleh Zon Rerama Ungu dan Sudut Informasi EKSA Terbaik dimenangi oleh Zon Kasturi. Tempat kedua dan ketiga dianugerahkan sijil penghargaan. 

Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri iaitu Encik Mohamad Johadi Iskandar Che Jamil selaku Fasilitator EKSA IBS. Penilaian berdasarkan 6 kriteria penilaian EKSA iaitu keperluan utama pelaksanaan, ruang tempat kerja/ pejabat, tempat umum, keselamatan persekitaran, kawasan persekitaran jabatan dan tempat-tempat khusus. Tahniah kepada semua penerima Program Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Institut Biosains 2023.

  

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdHAV~