Let’s Talk Siri Ke-26 Kultur Tisu Tumbuhan: Potensi Dalam Industri Pertanian | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Let’s Talk Siri ke-26 Kultur Tisu Tumbuhan: Potensi dalam Industri Pertanian

Let’s Talk Siri ke-26 Kultur Tisu Tumbuhan: Potensi dalam Industri Pertanian

31 Julai 2023 – Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut Biosains (IBS) telah menganjurkan seminar bersiri ke-26 bertajuk “Kultur Tisu Tumbuhan: Potensi dalam Industri Pertanian”. Seminar ini disampaikan oleh Puan Julia Abdul Aziz, Pegawai Sains dari Unit Biodiversiti (UBD) di IBS. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam kultur tisu tumbuhan terutama dalam kultur tumbuhan herba, tumbuhan hiasan dan tumbuhan berbuah. 

Seminar ini dianjurkan bagi memenuhi permintaan daripada pelajar pasca siswazah, penyelidik, dan sektor swasta yang berminat dalam kultur tisu tumbuhan. Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar pasca siswazah, penyelidik dan sektor swasta mengenai teori, teknik dan potensi kultur tisu tumbuhan dalam industri pertanian. Peserta juga didedahkan dengan pelbagai jenis kultur tisu tumbuhan yang berlainan yang telah berjaya dibiakkan. 

Seminar ini telah dihadiri secara atas talian oleh 77 orang peserta berdaftar dari pelbagai Pusat TanggungJawab (PTJ) UPM Serdang dan UPM Kampus Bintulu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan seorang guru dari SMK Pulau Indah, Klang. Seminar ini diakhiri dengan soal jawab dan sesi bergambar secara berkumpulan.

Tarikh Input: 13/08/2023 | Kemaskini: 13/08/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdDAE~