Let's Talk @IBS, Siri 28 Bersama IesResearch: Storytell Your Discovery Using Graphics To Make Your Science Memorable | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Let's Talk @IBS, Siri 28 bersama iesResearch: Storytell Your Discovery Using Graphics to Make Your Science Memorable

Let's Talk @IBS, Siri 28 bersama iesResearch: Storytell Your Discovery Using Graphics to Make Your Science Memorable

14 Ogos 2023 - Webinar Let's Talk @IBS, Siri 28 bersama iesResearch bertajuk “Storytell Your Discovery Using Graphics to Make Your Science Memorable” secara virtual melalui aplikasi Zoom, telah disampaikan oleh Dr. Woei Fuh Wong, Pengurus Besar iesResearch. Dalam ceramahnya, beliau menekankan kepentingan Abstrak Grafik, iaitu gambarajah ringkas yang mewakili kajian penyelidikan. Abstrak visual yang terbaik akan menarik perhatian pembaca, menambahbaik kebolehcarian penerbitan secara atas talian. Dalam program ini, penyelidik mempelajari cara penggunaan papan cerita Big Why-What-How untuk mengenalpasti idea baharu dalam penyelidikan mereka. Penyelidik juga berpeluang menyesuaikan diri dengan perkakasan visual seperti MindTheGraph atau BioRenders, dan menggunakannya untuk suntingan gambar terpilih daripada galeri. Dengan gabungan kemahiran membina konsep atau peta minda idea baharu, penyelidik dapat menterjemah penemuan mereka yang kompleks kepada bentuk visual dalam masa yang singkat. Webinar interaktif ini telah dihadiri oleh 72 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UPM.


Tarikh Input: 28/09/2023 | Kemaskini: 28/09/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdIAY~