Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar Tahun Satu Sains Bioperubatan Di COMeT | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Tahun Satu Sains Bioperubatan di COMeT

Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Tahun Satu Sains Bioperubatan di COMeT

11 Januari 2024 - Unit Perubatan Komparatif dan Teknologi (COMeT) di Institut Biosains (IBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan pelajar tahun satu yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM. Lawatan ini telah dibahagikan kepada dua sesi, yang mana sesi pertama telah diadakan pada 4 Januari 2024 dan sesi kedua pada 11 Januari 2024. Para pelajar ditemani Dr. Mohd Khairi Hussein, Penyelaras Kursus SBP 3004, dan staf dari Jabatan Sains Bioperubatan, FPSK. Objektif utama lawatan ini bertujuan untuk melihat lebih dekat fasiliti penyelidikan dan operasi melibatkan rodensia makmal oleh COMeT. Walaupun lawatan seperti ini telah diadakan sebelum pandemik berlaku, namun telah tergendala selama 2 tahun disebabkan oleh wabak COVID-19. 

Delegasi ini dibahagikan kepada tiga kumpulan, masing-masing terlibat dalam aspek lawatan berlainan. Kumpulan pertama menghadiri sesi taklimat, kumpulan kedua menjawab 93 soalan dalam talian dan kumpulan ketiga dibawa melawat ke dalam fasiliti rumah haiwan. Struktur penggiliran ini membolehkan semua pelajar memahami pelbagai aspek operasi COMeT. Di akhir sesi lawatan, sesi bergambar secara berkumpulan telah diadakan sebelum bersurai.

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
WXEdLA1~