Lawatan Penanda Aras Ke Institut Perhutanan Tropika Dan Produk Hutan (INTROP) | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Lawatan Penanda Aras ke Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)

Lawatan Penanda Aras ke Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)

19 Jun 2023 - Seramai 18 orang delegasi jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Biosains (IBS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Lawatan ini diketuai oleh Puan Farah Deena Zainol selaku penyelaras EKSA, IBS. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang amalan EKSA yang telah dilaksanakan di INTROP. Adalah diharapkan dengan lawatan ini, ianya dapat memberi panduan kepada jawatankuasa EKSA IBS dalam menambah baik pelaksanaan EKSA untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Lawatan ini telah dimulai dengan taklimat daripada Pengerusi EKSA INTROP, Puan Suryani Ahmad dan seterusnya lawatan ke Makmal Penyediaan Bahan 2, Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan, Makmal Teknologi Pulpa dan Kertas, Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan dan juga Unit Pembangunan Produk, Makmal Biopolimer dan Unit Uji Bahan, Laboratori Teknologi Biokomposit. 

Tarikh Input: 03/07/2023 | Kemaskini: 03/07/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdFA2~