Lawatan Delegasi Universitas Gadjah Mada Ke Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia | INSTITUT BIOSAINS
» BERITA » Lawatan Delegasi Universitas Gadjah Mada ke Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia

Lawatan Delegasi Universitas Gadjah Mada ke Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia

21 November 2023 - Institut Biosains (IBS) telah menerima lawatan daripada 12 orang delegasi dari Universitas Gadjah Mada, Indonesia. Lawatan ini merupakan kunjungan balas berikutan lawatan terdahulu oleh penyelidik IBS yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md. Yassin, Timbalan Pengarah IBS. 

Lawatan delegasi dari Universitas Gadjah Mada diketuai oleh Prof. Dr. Alim Isnansetyo, Ketua Jabatan Perikanan, Fakultas Pertanian. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang akademik dan aktiviti penyelidikan. 

Pelawat diberi taklimat mengenai IBS dan Laboratori Kesihatan dan Terapeutik Haiwan Akuatik (AquaHealth) di Bilik Mesyuarat Kesidang Utama. Sesi ini dihadiri oleh ahli pengurusan tertinggi bagi kedua-dua institusi. Sebagai tambahan, sesi perkongsian dan soal jawab turut diadakan di antara ahli pengurusan kedua-dua institusi. Seterusnya, delegasi dibawa ke AquaHealth untuk melihat kemudahan makmal. Penerangan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Amal Azmai, Ketua Laboratori dan dibantu oleh Pegawai Penyelidik. Lawatan ini dijangka dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama sedia ada di antara Universiti Putra Malaysia dan Universitas Gadjah Mada serta memupuk persekitaran kondusif kepada penyelidikan berimpak tinggi.

Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | azah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT BIOSAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 3045
03 - 9769 2101
SXEdGAV~